sorotan2020

Sorotan 2020

2020
December 15

Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen. Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen..Read More
December 8

Jururawat pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti

Jururawat pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti
Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti. Wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jururawat swasta di Kuala Lumpur mendakwa menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas mula berkenalan dengan suspek pada Mac 2018. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata,..Read More
December 6

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut
Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25 cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan, awal pagi tadi. Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab,..Read More
December 2

Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel tukar daging haram jadi halal
Taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai. Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan..Read More
November 20

Misteri ketukan pintu hantui penduduk

Misteri ketukan pintu hantui penduduk
Penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam. Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting. Seorang penduduk..Read More
November 17

Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia
Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 7.23 pagi. Difahamkan, Allahyarham dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke PPUM dua minggu lalu selepas sering mengadu di bahagian perut. Allahyarham yang mula bertugas di Sinar Harian pada 1 April..Read More
November 8

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut
Seorang bekas tentera laut antara dua mangsa yang maut akibat nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati. Selain bekas tentera laut itu, Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, seorang lagi mangsa yang maut ialah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41 manakala mangsa yang cedera ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS,..Read More
November 2

Maszlee keluar parti Pejuang

Maszlee keluar parti Pejuang
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam. Maszlee yang juga bekas..Read More
October 20

Addy Kanna, Leong Yeong ejen Macau Scam: PDRM

Addy Kanna, Leong Yeong ejen Macau Scam: PDRM
Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna..Read More
October 13

Agong tidak terima senarai nama Ahli Parlimen sokong Anwar

Agong tidak terima senarai nama Ahli Parlimen sokong Anwar
Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap di Istana Negara. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi menghadap itu Yang di-Pertuan Agong..Read More
October 13

Polis buru Datuk Seri larikan diri

Polis buru Datuk Seri larikan diri
Polis memburu suspek utama sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut sumber, lelaki itu sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian. Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek..Read More
October 7

Banduan meninggal dunia kerana Covid-19

Banduan meninggal dunia kerana Covid-19
Semua petugas dan banduan di Penjara Reman Pulau Pinang yang dikesan menjadi kontak rapat dengan banduan lelaki yang meninggal dunia kerana koronavirus (Covid-19) dikuarantin dan diasingkan. Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail berkata, pihaknya telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam menjalankan proses kuarantin tersebut. Tambahnya,..Read More
September 26

Perikatan Nasional tumbangkan Warisan Plus

Perikatan Nasional tumbangkan Warisan Plus
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencipta kejutan apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16, sekali gus menumbangkan Kerajaan Warisan Plus yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal. GRS yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan..Read More
September 19

Tular video ‘kubur berdarah’

Tular video ‘kubur berdarah’
Video sebuah ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, di sini, menjadi tular di laman sosial. Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh menggemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya Alor Setar hingga ramai penduduk datang untuk melihat sendiri keadaan itu. Orang awam, Rahmat Ahmad, 50, berkata,..Read More
September 15

Covid-19: Sah wujud kes sporadik di Sabah

Covid-19: Sah wujud kes sporadik di Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujud kes sporadik Covid-19 di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas beberapa kes saringan di di klinik kesihatan dan hospital dikesan positif Covid-19. Menurutnya, masyarakat perlu mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)..Read More
September 7

‘Adik tak tahan, hari-hari kena’

‘Adik tak tahan, hari-hari kena’
Ahli keluarga Abdul Aziz Aznam, 20, anggota tentera yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor, mahu siasatan kejadian itu dijalankan dengan adil. Abang mangsa, Mohamad Amirulnaim Aznam, 23, berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya, namun meletakkan harapan tinggi agar..Read More
August 25

Lima murid sekolah rendah dijangkiti Covid-19

Lima murid sekolah rendah dijangkiti Covid-19
Lima murid membabitkan empat berusia 12 tahun dan seorang berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Kedah disahkan positif Covid-19 berkaitan Kluster Tawar. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka dikesan melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut. Menurutnya, hasil..Read More
August 12

‘Haziq seorang sahaja ke yang masih hidup?’

‘Haziq seorang sahaja ke yang masih hidup?’
“Pak Lang, sekarang ni Haziq seorang sahaja ke yang hidup?” Pertanyaan itu meruntun hati Mohd Zakri Mat Isa, 37, bapa saudara kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul yang terselamat dalam nahas yang mengorbankan tujuh nyawa di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai berhampiran Simpang Lubuk Timah. https://www.sinarharian.com.my/article/96284/berita/tragedi/haziq-seorang-sahaja-ke-yang-masih-hidup
August 11

Nahas MPV: Saksi sayu terdengar jeritan, tangisan mangsa

Nahas MPV: Saksi sayu terdengar jeritan, tangisan mangsa
“Sayu hati bila dengar jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kenderaan, nampak tubuh mangsa saling bertindih kerana keadaan kereta sudah terbalik,” kata seorang saksi kejadian, Syazwan Muhd Suhaimi, 21, susulan nahas dua kenderaan yang mengorbankan tujuh nyawa di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland. Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu membabitkan sebuah..Read More
August 10

Asri janggut pemberi maklumat, bukan suspek

Asri janggut pemberi maklumat, bukan suspek
Polis tidak akan memanggil pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung dakwaan yang dibuatnya mengenai kegiatan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan..Read More
sorotan2020
sorotan2020
sorotan2020