Jururawat pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti

0
Jururawat pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti

Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti.

Wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jururawat swasta di Kuala Lumpur mendakwa menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas mula berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, susulan laporan yang dibuat wanita itu, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis.

https://www.sinarharian.com.my/article/113787/berita/semasa/jururawat-pula-tampil-dakwa-jadi-mangsa-pendakwah-selebriti