Misteri ketukan pintu hantui penduduk

0
Misteri ketukan pintu hantui penduduk

Penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam.

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, berkata, kejadian jam 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.

https://www.sinarharian.com.my/article/111096/edisi/selangor-kl/misteri-ketukan-pintu-hantui-penduduk