Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

0
Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25 cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

https://www.sinarharian.com.my/article/113511/berita/tragedi/penyerang-jdt-syafiq-ahmad-kemalangan-bayi-maut