Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

0
Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Seorang bekas tentera laut antara dua mangsa yang maut akibat nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati.

Selain bekas tentera laut itu, Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, seorang lagi mangsa yang maut ialah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41 manakala mangsa yang cedera ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 56.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari membabitkan kemalangan dua buah helikopter.

https://www.sinarharian.com.my/article/109158/BERITA/Tragedi/Helikopter-terhempas-Dua-maut-termasuk-bekas-tentera-laut