Individu 2020 Archives - Info Sinar

‘Abah’ sayang rakyat
Diumum menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan pada 29 Februari 2020 susulan kemelut kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh , Pengerusi PH serta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Rentetan pelantikan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu merangkap antara pengasas parti tersebut, Bersatu keluar daripada PH yang seterusnya membawa kepada penubuhan blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin.

Dalam tempoh hampir setahun menerajui kepimpinan negara ketika seluruh dunia termasuk Malaysia dilanda pandemik Covid-19, Muhyiddin berdepan pelbagai tentangan politik daripada blok pembangkang yang mahu menjatuhkannya.

Bukan sahaja kerusi Perdana Menteri milik Muhyiddin menjadi rebutan ramai malah kerajaan PN pimpinannya turut diuji apabila Belanjawan 2021 yang diluluskan baru-baru ini mendapat tentangan hebat pembangkang.

Selain cabaran politik, Ahli Parlimen Pagoh itu turut bertanggungjawab merencanakan solusi terbaik untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat Covid-19, pada masa sama Muhyiddin yang dipanggil ‘Abah’ turut memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terjaga.

Populariti ‘Abah’ melonjak apabila beliau mengumumkan pelbagai inisiatif bantuan antaranya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), moratorium pinjaman dan terkini pengeluaran wang dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Sinar bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan akibat Covid-19.

Umpama seorang bapa yang melindungi anaknya, ‘Abah’ juga menawarkan diri menjadi antara individu terawal bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 demi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh itu selamat dan berkesan.

The post ‘Abah’ sayang rakyat appeared first on Info Sinar.

YouTuber pencuri hati rakyat
Nama YouTuber S Pavithra pernah meledak sekitar Januari lalu ekoran video memasak yang disiarkan menerusi saluran YouTube Sugu Pavithra.

Selain tutorial masakan menggunakan resepi ringkas dan sedap, kepetahan wanita berbangsa India dari Sungai Siput, Perak itu bertutur Bahasa Melayu dalam video-videonya menarik perhatian ramai.

Gandingan sensasi Pavithra dan suami, M Sugu yang sering membantu isterinya itu dalam penghasilan video masakan mereka juga berjaya meraih ramai pengikut dari dalam dan luar negara.

Malah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengirimkan hadiah kepada pasangan suami isteri itu sebagai menghargai kejayaan mereka.

Selain menjana pendapatan menerusi YouTube, Pavithra turut mencuri perhatian apabila menjadi model sebuah majalah dan menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Namun, kekecohan timbul apabila Pavithra dan suaminya dilaporkan menghadapi masalah rumah tangga.

Sejak itu, tidak banyak kedengaran berita tentang pasangan sensasi tersebut. Apa yang pasti, ramai akan mengingati fenomena S Pavithra pada 2020.

The post YouTuber pencuri hati rakyat appeared first on Info Sinar.

Cikgu inspirasi global
Guru bahasa Inggeris Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang merupakan salah seorang daripada 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Mesra dipanggil Cikgu Sam, beliau dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara untuk anugerah pengiktirafan guru yang menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta (RM4.16 juta).

Cikgu Sam yang juga penerima anugerah Guru Adiwira 2019 telah memperkenalkan pelbagai program untuk memberi inspirasi kepada murid-muridnya yang terdiri daripada orang asli agar dapat mencapai potensi terbaik.

Antara inisiatif Cikgu Sam termasuklah projek pertukaran emel, ‘Asli E-Pal’ di mana murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa sama ada dari dalam atau luar negara.

Dalam pada itu, perkongsian Cikgu Sam tentang majlis perkahwinannya pada tahun 2017 yang dihadiri 100 anak orang asli turut mencuri tumpuan ramai kerana jelas menunjukkan keakraban guru hebat itu dengan komuniti orang asli.

The post Cikgu inspirasi global appeared first on Info Sinar.

Ustaz kesayangan ramai
Setiap yang bergelar rakyat Malaysia pastinya akan mengenali nama Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah dan ahli perniagaan berjaya merangkap dermawan yang sering membantu golongan susah dan memerlukan.

Tidak kira di ceruk mana bantuan diperlukan, pasti ada kelibat Ustaz Ebit Lew dan yang istimewanya bantuan dihulur tanpa mengira bangsa dan agama.

Kerja kebajikan dan pertolongan ikhlasnya kerap meraih pujian ramai namun adakalanya usaha murni beliau tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Lew untuk terus membantu insan memerlukan dan ini menyebabkan beliau menjadi antara insan yang disayangi rakyat Malaysia.

Istimewanya Ustaz Ebit Lew turut menerima Anugerah Wira Anugerah Meletop Era (AME) 2020 bagi menghargai usaha beliau membantu orang ramai dan lebih manis anugerah khas itu diterima ketika hari lahirnya pada 21 Disember lalu.

The post Ustaz kesayangan ramai appeared first on Info Sinar.

Srikandi pejuang OKU
Menjadi wakil orang kurang upaya (OKU) di Parlimen, pemilihan Ras Adiba Radzi sebagai Senator pada bulan Mei lalu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bekas personaliti penyiaran itu terus menempa sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam sejarah 53 tahun agensi berita itu.

Berbekal pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia pemberitaan, wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu diberi kepercayaan untuk memperhebatkan lagi produk berita Bernama.

Menurutnya, pelantikan tersebut merupakan penghargaan kepada wanita dan komuniti OKU.

Untuk rekod, Senator Ras Adiba juga merupakan atlet para negara serta mengetuai OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU.

The post Srikandi pejuang OKU appeared first on Info Sinar.

Tokoh politik negara
Apabila mengisahkan perihal politik negara, pastinya nama Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi sebutan. Berpengalaman luas dalam selok belok politik sejak usia muda, beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan sekali tetapi dua kali!

Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003 dan seterusnya Perdana Menteri ketujuh dari 2018 hingga Februari 2020, sekali gus menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.

Namun, dalam tempoh kurang dua tahun lembaran 2020 menyaksikan Dr Mahathir terpaksa melepaskan jawatan selepas didesak menyerahkan jawatan tersebut kepada Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Kini, Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Dr Mahathir masih aktif berpolitik dan belum menunjukkan tanda-tanda akan berundur dalam masa terdekat.

Ini terbukti dengan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) oleh Tun M selepas digugurkan keahliannya dalam Bersatu. Menurutnya, Pejuang ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif serta moderat.

The post Tokoh politik negara appeared first on Info Sinar.

Adiwira Negara
Tidak disangkal lagi pemilik nama ini merupakan antara individu paling terkenal dan berpengaruh di Malaysia pada 2020. Masakan tidak, sebut sahaja isu tentang Covid-19, insan pertama terlintas di fikiran pastinya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selaku Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa gagal hampir setiap hari menyampaikan laporan terperinci situasi terkini Covid-19 untuk rujukan rakyat.

Selain dedikasi dalam memerangi wabak Covid-19, diakui ramai yang turut memuji sikap tenang dan keyakinan yang dipamerkan Dr Noor Hisham itu. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan karakter beliau itu sedikit sebanyak mengurangkan gusar di hati rakyat.

Nama Dr Noor Hisham juga bukan sekadar meniti di bibir rakyat Malaysia malah komitmen beliau bersama-sama petugas barisan hadapan (frontliners) KKM dalam usaha memastikan rakyat negara ini tidak dijangkiti virus maut itu turut meraih perhatian dunia.

Ini terbukti apabila beliau diiktiraf sebagai antara tiga doktor terbaik dunia bersama-sama dua lagi pakar kesihatan, Dr Anthony Fauci dan Dr Ashley Bloomfield masing-masing dari Amerika Syarikat dan New Zealand.

Walaupun diangkat sebagai antara manusia popular di Malaysia dan menerima pengiktirafan komuniti dunia namun Dr Noor Hisham mengatakan segala pujian dan pengiktirafan yang diterima bukanlah untuk dirinya sebaliknya untuk negara.

The post Adiwira Negara appeared first on Info Sinar.

Teknokrat peduli rakyat
Berbekalkan 24 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul dipilih memegang portfolio Menteri Kewangan dalam Kabinet Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbeza dengan kebanyakan personaliti yang pernah memegang portfolio penting itu sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad itu merupakan seorang teknokrat yang tidak mempunyai DNA politik dalam dirinya.

Menggalas tugas berat ketika negara berdepan penularan Covid-19 bukan satu perkara mudah, buktinya beliau terpaksa berdepan pelbagai tentangan, terutamanya daripada blok pembangkang dalam usaha memastikan Belanjawan 2021 diluluskan.

Rentetan kejayaan itu, nama Tengku Datuk Seri Zafrul pastinya diingati ramai sebagai antara penggerak utama belanjawan terbesar pernah diusulkan dalam sejarah negara.

The post Teknokrat peduli rakyat appeared first on Info Sinar.

Wanita Melayu diiktiraf dunia
Pakar kardiologi dari Batu Pahat, Johor ini melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama dari Malaysia yang dilantik sebagai Profesor Madya di Jabatan Perubatan Radcliffe, Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Menerima pengiktirafan daripada universiti kedua tertua di dunia itu merupakan satu pencapaian membanggakan dan luar biasa, maka tidak hairanlah kejayaan Dr Masliza mendapat perhatian warga Malaysia dan dunia.

Ramai orang kenamaan malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut memberi ucapan tahniah kepada wanita tersebut.

Walaupun kepakaran beliau dalam bidang kardiovaskular telah diiktiraf namun Dr Masliza mengakui banyak lagi penyelidikan yang sedang dan bakal dilaksanakannya untuk manfaat manusia sejagat.

The post Wanita Melayu diiktiraf dunia appeared first on Info Sinar.

Dari Kota Bharu ke Belgium
Baru berusia 18 tahun namun Luqman Hakim Shamsudin berjaya membuktikan dirinya mempunyai bakat tersendiri apabila dipilih menjadi penyerang kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk yang dimiliki ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Bintang bola sepak muda negara itu berlepas ke Belgium Ogos lalu selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab berkenaan.

Penampilan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu di pentas bola sepak Eropah ternyata tidak menghampakan apabila berjaya menjaringkan gol pertama yang membawa kepada kemenangan kelabnya ketika bertemu lawan, KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Liga Belgium B-21.

Kejayaan manis itu turut dikongsi peminat yang tidak putus menzahirkan rasa teruja serta ucapan tahniah kepada Luqman.

The post Dari Kota Bharu ke Belgium appeared first on Info Sinar.