Home Individu 2020 Adiwira Negara

Adiwira Negara

0
Adiwira Negara
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 57 tahun

Tidak disangkal lagi pemilik nama ini merupakan antara individu paling terkenal dan berpengaruh di Malaysia pada 2020. Masakan tidak, sebut sahaja isu tentang Covid-19, insan pertama terlintas di fikiran pastinya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selaku Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa gagal hampir setiap hari menyampaikan laporan terperinci situasi terkini Covid-19 untuk rujukan rakyat.

Selain dedikasi dalam memerangi wabak Covid-19, diakui ramai yang turut memuji sikap tenang dan keyakinan yang dipamerkan Dr Noor Hisham itu. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan karakter beliau itu sedikit sebanyak mengurangkan gusar di hati rakyat.

Nama Dr Noor Hisham juga bukan sekadar meniti di bibir rakyat Malaysia malah komitmen beliau bersama-sama petugas barisan hadapan (frontliners) KKM dalam usaha memastikan rakyat negara ini tidak dijangkiti virus maut itu turut meraih perhatian dunia.

Ini terbukti apabila beliau diiktiraf sebagai antara tiga doktor terbaik dunia bersama-sama dua lagi pakar kesihatan, Dr Anthony Fauci dan Dr Ashley Bloomfield masing-masing dari Amerika Syarikat dan New Zealand.

Walaupun diangkat sebagai antara manusia popular di Malaysia dan menerima pengiktirafan komuniti dunia namun Dr Noor Hisham mengatakan segala pujian dan pengiktirafan yang diterima bukanlah untuk dirinya sebaliknya untuk negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here