Home Individu 2020 Cikgu inspirasi global

Cikgu inspirasi global

0
Cikgu inspirasi global
Samuel Isaiah, 33 tahun

Guru bahasa Inggeris Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang merupakan salah seorang daripada 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Mesra dipanggil Cikgu Sam, beliau dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara untuk anugerah pengiktirafan guru yang menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta (RM4.16 juta).

Cikgu Sam yang juga penerima anugerah Guru Adiwira 2019 telah memperkenalkan pelbagai program untuk memberi inspirasi kepada murid-muridnya yang terdiri daripada orang asli agar dapat mencapai potensi terbaik.

Antara inisiatif Cikgu Sam termasuklah projek pertukaran emel, ‘Asli E-Pal’ di mana murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa sama ada dari dalam atau luar negara.

Dalam pada itu, perkongsian Cikgu Sam tentang majlis perkahwinannya pada tahun 2017 yang dihadiri 100 anak orang asli turut mencuri tumpuan ramai kerana jelas menunjukkan keakraban guru hebat itu dengan komuniti orang asli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here