Home Individu 2020 Ustaz kesayangan ramai

Ustaz kesayangan ramai

0
Ustaz kesayangan ramai
Ebit Lew, 36 tahun

Setiap yang bergelar rakyat Malaysia pastinya akan mengenali nama Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah dan ahli perniagaan berjaya merangkap dermawan yang sering membantu golongan susah dan memerlukan.

Tidak kira di ceruk mana bantuan diperlukan, pasti ada kelibat Ustaz Ebit Lew dan yang istimewanya bantuan dihulur tanpa mengira bangsa dan agama.

Kerja kebajikan dan pertolongan ikhlasnya kerap meraih pujian ramai namun adakalanya usaha murni beliau tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Lew untuk terus membantu insan memerlukan dan ini menyebabkan beliau menjadi antara insan yang disayangi rakyat Malaysia.

Istimewanya Ustaz Ebit Lew turut menerima Anugerah Wira Anugerah Meletop Era (AME) 2020 bagi menghargai usaha beliau membantu orang ramai dan lebih manis anugerah khas itu diterima ketika hari lahirnya pada 21 Disember lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here