Home Individu 2020 Tokoh politik negara

Tokoh politik negara

0
Tokoh politik negara
Tun Dr Mahathir Mohamad, 95 tahun

Apabila mengisahkan perihal politik negara, pastinya nama Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi sebutan. Berpengalaman luas dalam selok belok politik sejak usia muda, beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan sekali tetapi dua kali!

Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003 dan seterusnya Perdana Menteri ketujuh dari 2018 hingga Februari 2020, sekali gus menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.

Namun, dalam tempoh kurang dua tahun lembaran 2020 menyaksikan Dr Mahathir terpaksa melepaskan jawatan selepas didesak menyerahkan jawatan tersebut kepada Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Kini, Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Dr Mahathir masih aktif berpolitik dan belum menunjukkan tanda-tanda akan berundur dalam masa terdekat.

Ini terbukti dengan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) oleh Tun M selepas digugurkan keahliannya dalam Bersatu. Menurutnya, Pejuang ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif serta moderat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here