Home Individu 2020 Wanita Melayu diiktiraf dunia

Wanita Melayu diiktiraf dunia

0
Wanita Melayu diiktiraf dunia
Dr Masliza Mahmod, 45 tahun

Pakar kardiologi dari Batu Pahat, Johor ini melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama dari Malaysia yang dilantik sebagai Profesor Madya di Jabatan Perubatan Radcliffe, Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Menerima pengiktirafan daripada universiti kedua tertua di dunia itu merupakan satu pencapaian membanggakan dan luar biasa, maka tidak hairanlah kejayaan Dr Masliza mendapat perhatian warga Malaysia dan dunia.

Ramai orang kenamaan malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut memberi ucapan tahniah kepada wanita tersebut.

Walaupun kepakaran beliau dalam bidang kardiovaskular telah diiktiraf namun Dr Masliza mengakui banyak lagi penyelidikan yang sedang dan bakal dilaksanakannya untuk manfaat manusia sejagat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here