Home kartel Jakim

Jakim

0
Jakim

Pada tahun 1969, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, satu urus setia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah ditubuhkan untuk memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam.

Urusetia berkenaan kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).

Objektif

  • Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di Malaysia.
  • Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam.
  • Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang serta peraturan yang diperlukan di samping menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam.
  • Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara.
    Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara.
  • Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di Malaysia.
  • Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam.
  • Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here