Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah wujud seawal 1888 di Pulau Pinang dengan penempatan doktor veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan.

Pada masa itu, tugas utama doktor ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Thailand dan Kedah, sekali gus melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport.

Justeru, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat berkenaan merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan pewujudan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar.
Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.

Objektif

  • Memastikan industri pertanian negara bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar terhadap tumbuhan, binatang serta ikan melalui aktiviti kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
  • Memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar negara mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan.
  • Memastikan keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin.
  • Membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui perkhidmatan bersepadu.
  • Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan bersepadu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here