maqis

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ia memainkan peranan bagi mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin.

Di samping itu, ia juga memastikan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikrooganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan berhubung dengan makanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Objektif

  • Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
  • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
  • Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
  • Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
  • Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
  • Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here