Home Individu 2020 ‘Jangan jadi polis kalau takut’

‘Jangan jadi polis kalau takut’

0
‘Jangan jadi polis kalau takut’
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, 54 tahun

Memulakan tugas sebagai Ketua Polis Johor pada 24 Februari 2020, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman dari 11 Ogos 2006 hingga 6 Mac 2020.

Beliau terkenal dengan usaha membanteras kegiatan kumpulan pengganas seperti militan Daesh yang cuba bertapak dan menjalankan kegiatan subversif di negara ini.

Sepanjang kariernya, beliau berdepan pelbagai cabaran antaranya adalah ugutan bunuh. Pada tahun ini, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan telah menerima ugutan bunuh daripada anggota Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Namun baginya, ancaman seumpama itu adalah lumrah bagi anggota polis dan beliau sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menyerahkan urusan selebihnya kepada ALLAH.

Selain keberanian, karisma dan ketegasannya membendung jenayah dalam kalangan orang awam dan anggota polis adalah antara faktor penting yang mengangkat namanya sebagai salah seorang individu disebut-sebut sepanjang 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here