Home Individu 2020 ‘Pak Long’ paling sporting

‘Pak Long’ paling sporting

0
‘Pak Long’ paling sporting
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 60 tahun

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga digelar ‘Pak Long’ oleh netizen ini merupakan antara personaliti paling menonjol pada 2020.

Hal ini kerana, setiap petang ‘Pak Long’ bersiaran secara langsung dan menyampaikan maklumat terkini berkaitan wabak Covid-19, terutamanya prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat untuk membendung wabak tersebut.

‘Pak Long’ juga sering diusik netizen apabila baju batik yang dipakainya disamakan dengan pelbagai jenis kuih-muih yang popular di bulan Ramadan.

Kemudian sidang media di kediaman ‘Pak Long’ pula dijadikan ‘bahan’ warganet apabila masing-masing cuba membida barangan yang terletak di rak perhiasan rumahnya.

‘Pak Long’ bukan sahaja menjalankan tugas yang baik malah pada masa sama cukup sporting dan tidak melatah apabila diusik netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here