Home Individu 2020 ‘Tak hensem takpa janji kaya’

‘Tak hensem takpa janji kaya’

0
‘Tak hensem takpa janji kaya’
Datuk Dr Nazri Khan

Gara-gara slogan ‘Tak hensem tak apa janji kaya’, nama Datuk Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DNNK kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terkenal sebagai pakar pelaburan saham, DDNK menganjurkan seminar mengajar ilmu pelaburan kepada pengikut-pengikutnya serta orang ramai yang mahu menjana pendapatan menerusi pelaburan saham.

Berikutan pengaruh dan kejayaan DDNK, beliau turut dilantik Tan Sri Vincent Tan selaku Ketua Pegawai Eksekutif di Berjaya Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd.

DNNK merupakan merupakan graduan Ekonomi dan Kewangan dari Universiti of Manchester, United Kingdom dan pemegang Ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Multimedia.

Beliau juga telah dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Multimedia atas kebolehan dan kepakarannya dalam pelaburan saham.

Sebelum dikenali sebagai pakar pelaburan saham, DNNK pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Philip Capital Management Investment dan Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Berhad dan bekas Ketua Pegawai Penyelidik MIMB Investment Bank.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here