Home Individu 2020 Jate soho Kelate

Jate soho Kelate

0
Jate soho Kelate
Muhammad Syahmi Sazli, 25 tahun

Anak muda berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini mula dikenali ramai menerusi video-video pendek di saluran Youtube menggunakan namanya sendiri, Syahmi Sazli.

Penghasilan video yang memaparkan sketsa komedi menerusi lakonan bersahaja Syahmi serta dua bakat istimewa, Yoe Parey dan Asif Suhaimi berjaya mencuit hati peminat sehingga beliau bergelar YouTuber apabila meraih 2.5 juta pengikut di saluran tersebut.

Terus mengorak langkah, Syahmi mempertaruhkan bakat yang ada menerusi pembikinan filem pertamanya, “Mael Totey The Movie (MTTM)” selaku penerbit dan penulis skrip.

Filem “MTTM” bukan sahaja berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.4 juta menerusi tayangan di Astro First malah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata, kejayaan Syahmi wajar dijadikan contoh buat pengarah muda lain dalam menghasilkan karya lebih segar dan menarik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here