Home Uncategorized Tiga banduan baharu Penjara Seberang Perai positif Covid-19

Tiga banduan baharu Penjara Seberang Perai positif Covid-19

0
Tiga banduan baharu Penjara Seberang Perai positif Covid-19

GEORGE TOWN – Tiga individu yang disahkan positif Covid-19 di Penjara Seberang Perai di Jawi di sini adalah banduan yang baru dimasukkan ke penjara itu dua minggu lepas setelah mereka dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, tiga lelaki itu memang diasingkan sejak dimasukkan ke penjara tersebut dan mereka tidak bercampur dengan banduan yang telah lama berada di situ.

“Memang prosedur penjara untuk asingkan semua banduan yang baru masuk ke penjara, jadi tiga yang positif itu ditempatkan di blok lain daripada banduan yang telah lama di situ, mereka sebelum ini ditempatkan di Penjara Reman Pulau Pinang.

“Cuma setakat ini kami masih belum tahu dari mana tiga banduan tersebut mendapat jangkitan itu dan ujian saringan Covid-19 telah dijalankan oleh petugas Kementerian Kesihatan dua hari lalu selepas terdapat peningkatan kes di Penjara Reman Pulau Pinang… jadi kami ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, semua banduan baharu yang tinggal di dalam sel yang sama dengan tiga lelaki yang positif tersebut telah dikuarantin dan ujian saringan Covid-19 juga telah dijalankan ke atas mereka.

Roslan berkata, kakitangan penjara yang mempunyai kontak rapat dengan tiga banduan itu juga telah diasingkan serta dikuarantin dan menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

“Setakat ini, tiada keperluan untuk jalankan ujian saringan Covid-19 ke atas semua banduan lama di situ, kami sedang pantau dari masa ke masa,” katanya.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi selepas tiga banduan disahkan positif Covid-19.

Sejak 5 Oktober lepas, Kluster Penjara Reman Pulau Pinang merekodkan sejumlah 160 kes positif yang hanya melibatkan banduan termasuk seorang meninggal dunia.

-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here