Home Uncategorized Bekas pesakit Covid-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan

Bekas pesakit Covid-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan

0
Bekas pesakit Covid-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan

KUALA LUMPUR – Rakyat negara ini yang pernah dijangkiti virus Covid-19 dijemput menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian membujur tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang boleh menghalang virus Covid-19 daripada menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini.

“Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108),” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, keterangan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Dr Rafiza Shaharudin (rafiza.s@moh.gov.my) atau telefon: 03-33627753 dan Dr Masita Arip (masita.a@moh.gov.my ) atau telefon: 03-33627735. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here