Home Uncategorized Korea Selatan catat jumlah kes tiga digit

Korea Selatan catat jumlah kes tiga digit

0
Korea Selatan catat jumlah kes tiga digit

SEOUL – Korea Selatan semalam melaporkan 102 kes jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) sekali gus menyaksikan peningkatan kes tiga digit dalam tempoh enam hari.

Lonjakan kes jangkitan itu diumumkan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini selepas kes jangkitan harian menurun kepada dua digit sejak dua minggu lalu yang turut membawa kepada langkah untuk melonggarkan beberapa sekatan dan penjarakkan fizikal pada minggu ini.

Menurut KDCA, jumlah kes jangkitan harian itu meningkat daripada 97 kes sehari sebelum itu.

“Seoul turut merekodkan satu lagi kematian akibat virus itu sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan kini mencecah 434 orang,” ujarnya.

Peningkatan semula kes jangkitan harian itu didakwa berpunca daripada lonjakan kes import dan pertambahan semula kes jangkitan di seluruh dunia.

Difahamkan, sebanyak 33 kes jangkitan baharu itu melibatkan kes import dari Rusia dengan jumlah tertinggi sebanyak 14 kes disusuli Jepun dengan lima kes dan Nepal dengan empat kes. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here