Home Uncategorized MB Selangor, isteri negatif Covid-19

MB Selangor, isteri negatif Covid-19

0
MB Selangor, isteri negatif Covid-19

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari disahkan negatif koronavirus (Covid-19) menerusi keputusan ujian saringan ketiga yang dijalankan sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Amirudin menerusi perkongsiannya di laman Facebook hari ini.

Menurut Amirudin, sebaik menerima keputusan saringan Covid-19 pada 29 September lalu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah membebaskan beliau dari kuarantin dan memotong gelang pengawasan yang dipakaikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Namun, atas prinsip tanggungjawab sosial, saya meneruskan kuarantin kendiri dan mempengerusikan mesyuarat dari rumah secara dalam talian.

“Alhamdulillah, hari ini juga saya telah tamat kuarantin selama 14 hari,” katanya

Sebelum ini, Amirudin mencetus kontroversi selepas didapati turun padang bagi meninjau pencemaran air di Sungai Semenyih walaupun dikatakan baru sahaja pulang dari berkempen di Sabah.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan beliau juga akan memulakan tugas secara rasmi di pejabat bermula esok.

“Saya akan memulakan tugas secara rasmi di pejabat esok di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memantau keadaan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, isteri Amirudin, Datin Seri Masdiana Muhamad juga memaklumkan keputusan ujian saringan kali ketiga yang dijalaninya sebelum ini adalah negatif.

Menurutnya, selepas ini, beliau dapat meneruskan semua tugas-tugas tertunggak selepas mengetahui keputusan ujian tersebut.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan saudara yang bertanya khabar serta mendoakan saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here