Home Uncategorized Lelaki gelang pink ditahan di Klang

Lelaki gelang pink ditahan di Klang

0
Lelaki gelang pink ditahan di Klang

KLANG – Seorang lelaki berusia 30 tahun yang memakai gelang merah jambu di sebuah stesen minyak Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini ditahan polis di sekitar daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki tersebut ditahan kira-kira jam 8 malam.

“Siasatan mendapati, lelaki itu bekerja sebagai jurutera minyak dan gas di Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober lalu.

“Lelaki yang tinggal di Klang itu disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kejadian terbabit tular di media sosial memaparkan satu rakaman video berdurasi satu minit empat saat.

Berdasarkan rakaman video itu, berlaku insiden tegur menegur di antara seorang petugas kesihatan dengan lelaki terbabit yang memakai gelang berwarna pink disyaki masih dalam tempoh kuarantin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here