Home Uncategorized Kakitangan Public Bank KL positif Covid-19

Kakitangan Public Bank KL positif Covid-19

0
Kakitangan Public Bank KL positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Public Bank di Menara Public Bank di sini telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Menurut Public Bank, pekerja itu tidak datang bertugas di ibu pejabatnya di sini sejak 10 Oktober lepas.

”Aktiviti pembersihan dan sanitasi menyeluruh telah dijalankan di setiap tingkat bangunan yang terjejas selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan.

”Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, bank juga telah membersihkan dan menyanitasi semua kawasan umum. Pembasmian kuman juga akan dijalankan di seluruh bangunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua kakitangan yang telah berhubung dengan kakitangan terbabit telah dikuarantin di rumah dan diuji untuk Covid-19 di hospital swasta yang dilantik oleh bank itu.

Di samping itu, pengurusan Public Bank sentiasa mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kakitangan untuk menangani sebarang potensi risiko.

”Semua kakitangan bank telah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, serta akur sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata kenyataan berkenaan.

Public Bank berkata, ia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggannya di premis bank itu.

-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here