Home Uncategorized 10 kes Kluster Rinting dikesan di Johor

10 kes Kluster Rinting dikesan di Johor

0
10 kes Kluster Rinting dikesan di Johor

JOHOR BAHRU – Sejumlah 10 kes positif koronavirus (Covid-19) yang membabitkan Kluster Rinting di negeri ini dikesan sehingga semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan berkata, kluster baharu itu mula dikesan di Johor Bahru dan daerah Melaka Tengah, Melaka pada 12 Oktober lalu.

Menurutnya, susulan itu seramai 167 kontak sudah dikenal pasti dan saringan mendapati 114 negatif manakala selebihnya masih menunggu keputusan.

“Sehingga semalam kumulatif kes positif yang dikesan ialah 10 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bagi Kluster Bakawali yang meningkatkan bilangan kes di negeri ini pada 29 September lalu, kumulatif kes positif kekal 15 kes.

Sehingga semalam katanya, seramai 357 kontak rapat yang dikenal pasti dan sudah menjalankan ujian Covid-19 dan semua keputusan negatif namun pemantauan masih dilakukan sehingga 28 Oktober ini.

Kluster Bakawali itu yang berpunca daripada pasangan suami isteri yang pulang dari Sabah bulan lalu.

“Sehingga semalam (13 Oktober 2020), kumulatif kes positif melibatkan pengembara yang mempunyai perjalanan ke Sabah ialah 32 kes.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kekal melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani peningkatan kes.

Penyaringan di pintu masuk masih dijalankan dengan pemasangan gelang bagi yang datang dari Sabah dan ujian penyaringan Covid-19,” katanya.

Vidyanathan memberitahu, sehingga semalam, seramai 1,355 individu yang tiba dari Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) sudah menjalani saringan ujian Covid-19.

Secara keseluruhan katanya, setakat ini kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di Johor berjumlah 826 kes dengan 55 kes aktif, 750 kes sembuh dan 21 kematian dilaporkan.

“Semalam sahaja terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan JKNJ iaitu 5 kes daripada saringan kontak rapat kes positif, 4 kes daripada kluster aktif sedia ada dan satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here