Home Rasuah Busters 'Telefon hari ini, terus minta siasat'

'Telefon hari ini, terus minta siasat'

0
'Telefon hari ini, terus minta siasat'
Zakaria (kanan) menerima cenderamata daripada Nor Hisham.
Nurhayati (kanan) bersama Nor Hisham serta tetamu memegang plakad Rasuah Busters pada Program Bicara Governans Integriti dan Anti Rasuah (BiGIAR) 2025.

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa bagi menyiasat aduan kes yang diterima daripada pemberi maklumat.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Kelantan, Zakaria Taib berkata, ada kes yang memerlukan tempoh antara tiga hingga lapan bulan sebelum penahanan dapat dilakukan.

“Bukan mudah, hari ini (pemberi maklumat) telefon, hari ini juga minta kita siasat… kita tidak tahu siapa yang terlibat dan butiran lengkap suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Forum Khas sempena Program Bicara Governans Integriti dan Anti Rasuah (BiGIAR) 2025.

Turut menjadi panel dalam forum yang mengupas pelbagai isu berkaitan rasuah serta tindakan masyarakat itu ialah Ketua Bahagian Koordinasi Wilayah dan Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd Shafie Harun, manakala moderator Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

**media[3155074]**

Jelas Zakaria, pemberi maklumat kebiasaannya mengetahui mengenai kewujudan rasuah di pejabat atau premis mereka, namun tidak mempunyai akses kepada maklumat lain yang lebih terperinci.

“Kita juga perlu menjaga keselamatan mereka dan memastikan semua maklumat pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.

Program BiGIAR dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.

Sementara itu, Nor Hisham memaklumkan bahawa program berkenaan merupakan acara tahunan jabatan bagi meneliti isu integriti yang merangkumi pelbagai agensi.

“Kita akan meneliti kaedah terbaik untuk mengukuhkan elemen integriti dalam perkhidmatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here