Home Rasuah Busters Media sosial platform terbaik sebar mesej tolak rasuah

Media sosial platform terbaik sebar mesej tolak rasuah

0
Media sosial platform terbaik sebar mesej tolak rasuah
Kandungan video kreatif di TikTok mampu jadi medium berkesan mendidik generasi muda menolak budaya rasuah. Gambar hiasan (Gambar kecil: Nordiani)

SHAH ALAM – Kandungan video menarik dan kreatif di platform media sosial seperti TikTok dilihat mampu menjadi medium berkesan untuk mendidik generasi muda menolak budaya rasuah.

Pengerusi Persatuan Cahaya Cinta, Nordiani Abd Rahman, 39, berkata, platform berkenaan kini lebih digemari kanak-kanak dan remaja, sekali gus perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membawa mesej positif.

Menurutnya, video mempunyai jalan cerita menarik akan lebih mudah difahami dan diingati oleh anak muda.

“Generasi sekarang suka melihat video-video pendek di media sosial khususnya Tik Tok.

“Jadi, apabila mereka melihat video menarik dengan ada karikatur dan sebagainya, maka ia mampu memupuk kesedaran mereka tentang bahaya rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Justeru, Nordiani berpandangan, semua pihak khususnya orang awam boleh menyumbang kepada usaha terbabit dengan menghasilkan kandungan berbentuk pendidikan dan kesedaran.

Beliau melihat pendekatan itu penting memandangkan remaja dan kanak-kanak kini semakin terdedah kepada penggunaan gajet sejak usia kecil.

“Media sosial perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat untuk menyebarkan kandungan pendidikan antirasuah tanpa mengira latar belakang,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here