Home Rasuah Busters Konvoi Rasuah Busters serah al-Quran wakaf

Konvoi Rasuah Busters serah al-Quran wakaf

0
Konvoi Rasuah Busters serah al-Quran wakaf

SEGAMAT – Bukan sekadar menyampaikan mesej antirasuah, Rasuah Busters turut menjadi perantara menyerahkan wakaf naskhah al-Quran kepada masjid terpilih.

Masjid Nurul Falah Redong di Felda Redong, di sini bertuah apabila menerima set wakaf al-Quran sumbangan daripada orang ramai.

Set wakaf al-Quran daripada orang ramai itu diuruskan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Sebanyak 10 buah al-Quran, beberapa set naskhah tafsir al-Quran, al-Quran amazing per jilid serta surah Yasin diserahkan kepada Ketua Kampung Felda Redong, Mohd Hadi Karman.

Sumbangan wakaf tersebut diserahkan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Pasukan Rasuah Busters, Hashim Anang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Falah Redong, Wasitah Hasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here