Home Koronavirus Johor capai 70 peratus pemberian dos penggalak

Johor capai 70 peratus pemberian dos penggalak

0
Johor capai 70 peratus pemberian dos penggalak

KLUANG – Johor telah mencapai sasaran pemberian vaksinasi dos penggalak Covid-19 sebanyak 70 peratus setakat ini, yang diyakini memberi perlindungan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) PRN Johor pada 12 Mac ini.

“Ini memberi perlindungan yang baik kepada pengundi-pengundi terutamanya warga emas, mempunyai komplikasi kesihatan supaya terlindung, lagi-lagi dengan kegiatan kempen yang sedang berlangsung.

“Semua perancangan telah kita buat. Prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor dilonggarkan berbanding Melaka. Maklumat yang ada pada KKM, walaupun kes meningkat tetapi kesan tidak serius seperti beberapa bulan lepas,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang Renggam pada Ahad.

Beliau juga memaklumkan vaksinasi kepada kanak-kanak pula telah mencapai 25 peratus atau lebih 103,000 kanak-kanak melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Johor.

Katanya, peratusan itu melebihi peratusan di peringkat nasional iaitu 23 peratus.

Bagi mengawasi SOP PRN Johor, Khairy berkata, KKM ada mewujudkan pasukan di bawah Unit Kesihatan Awam bagi memantau SOP PRN dan mengeluarkan kompaun kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP tanpa mengira parti atau individu.

“Saya telah minta, pertama berikan teguran jangan kerumuni pemimpin, kedua kita minta supaya jaga penjarakan ketika jalankan jelajah mesra, kita minta penguatkuasa guna budi bicara,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here