Home Koronavirus ‘Majikan tak terima sijil digital HSO pekerja, saya cari mereka’

‘Majikan tak terima sijil digital HSO pekerja, saya cari mereka’

‘Majikan tak terima sijil digital HSO pekerja, saya cari mereka’

SIMPANG RENGGAM – Majikan disarankan untuk menerima salinan sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Perintah Pelepasan Kuarantin (RO) setelah tempoh isolasi pesakit berakhir.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Tambahnya, 90 peratus daripada 30 hingga 50 peratus individu yang hadir ke CAC untuk tujuan pelepasan kuarantin.

“Saya juga ingin sampaikan pesanan kepada majikan supaya mereka menerima pakai salinan paparan skrin HSO bagi mengelakkan ke CAC.

“Masih ramai yang datang ke CAC sebab dia nak dapatkan notis secara bertulis sebab majikan kata mereka tidak menerima tangkap layar tersebut,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Klinik Kesihatan Simpang Renggam pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, situasi tersebut menyebabkan penambahan tugas kepada petugas CAC yang sepatutnya membuat penilaian kepada pesakit.

Tambah Khairy Jamaluddin, pekerja boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya majikan enggan menerima salinan tersebut.

“Jadi saya minta kepada semua majikan untuk peka terhadap perkara ini untuk guna ‘screenshot’ MySejahtera yang ada.

“Kalau majikan tidak terima buat aduan kepada saya, saya akan mencari majikan itu,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here