Home Rasuah Busters Jangan ambil ringan rasuah sektor awam

Jangan ambil ringan rasuah sektor awam

0
Jangan ambil ringan rasuah sektor awam

KUCHING – Usaha memerangi rasuah terutama dalam sektor awam tidak harus diambil ringan, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, sektor kerajaan sering dianggap sebagai satu daripada sektor yang sangat terdedah kepada rasuah dalam ekonomi mana-mana negara, terutamanya di negara membangun.

“Rasuah dalam sektor awam adalah penyakit yang boleh merosakkan ekonomi negara jika tidak dikawal.

“Ia bolah menyebabkan ketirisan pada dana awam, mengusir pelaburan asing, mengurangkan pulangan ekonomi ke atas pelaburan dan tidak ketinggalan, ia memberi kesan buruk kepada keselamatan dan kesihatan awam,” katanya dalam ucapan pada sambutan Hari Integriti 2021 Sarawak Forestry Corporation (SFC), di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Abang Johari berkata, menyedari kesan rasuah terhadap ekonomi dan sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa langkah bagi memastikan pentadbirannya cekap, bersih dan telus.

“Latihan bagi para pegawai di bawah program Pegawai Integriti Bertauliah dan menempatkan mereka di jabatan serta agensi berkaitan adalah antara inisiatif kita ke arah memastikah pentadbiran yang bersih.

“Terdapat juga langkah-langkah lain yang ketika ini dilaksanakan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) dalam usaha meningkatkan mekanisme semak dan imbang di semua peringkat kerajaan,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here