Home Koronavirus Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD

Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD

0
Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD

SHAH ALAM – Tujuh lokaliti masing-masing di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 10 hingga 23 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan dua lokaliti di Putatan iaitu Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih.

“Di Pahang pula melibatkan Kampung Orang Asli Sungai Kiol, Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam di Jerantut; Kampung Batu 1, Jalan Mentakab, Temerloh; dan Felda Keratong 8, Rompin,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rodzi turut memaklumkan pelanjutan PKPD sehingga tempoh sama bagi beberapa lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Pengalat Kecil, Papar serta Kampung Lohan Ulu, Ranau.

“Sementara PKPD di Johor melibatkan Kampung Orang Asli Simpang Arang, Johor Bahru; Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd di Mukah, Sarawak yang sepatutnya tamat esok (Khamis) juga dilanjutkan berkuat kuasa sehingga 16 September ini,” katanya.

Beliau berkata, penamatan PKPD bagi lokaliti-lokaliti di Sabah, Johor dan Pahang sebagaimana yang dijadualkan tamat masing-masing pada 8 dan 9 September ini.

Menurutnya, PKPD di Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bahru, Johor ditamatkan pada 8 September ini.

Katanya, bagi penamatan berkuat kuasa 9 September pula membabitkan Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8, Rancangan Batu 22 Apas, di Tawau, Sabah; Kampung Libang di Ranau, Sabah; Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi, Ladang Melia di Telupid Sabah; Beverly Hill Fasa 5, Kampung Nambazan di Penampang Sabah; dan Kampung Landung Ayang di Kudat Sabah.

“Selain itu, PKPD di Ladang Chekah, Bera di Pahang juga tamat pada 9 September ini seperti yang dijadualkan,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here