Home Koronavirus Hanya empat kes baharu di Sarawak perlukan ventilator

Hanya empat kes baharu di Sarawak perlukan ventilator

0
Hanya empat kes baharu di Sarawak perlukan ventilator

KUCHING – Hanya empat daripada 3,100 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan penggunaan alat ‘ventilator’, manakala selebihnya tidak bergejala atau bergejala ringan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata, tujuh daerah mencatat jumlah kes baharu tiga digit terdiri dari Kuching dengan 804 kes, Sibu (379 kes), Samarahan (252 kes), Bintulu (231 kes), Lundu (155 kes), Bau (152 kes) dan Asajaya (133 kes).

Sebanyak 21 daerah lagi mencatat jumlah kes baharu dua digit antara 11 dan 91, sembilan daerah dengan jumlah antara satu dan sembilan kes baharu, dan tiga lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes.

Angka korban Covid-19 pula meningkat kepada 593 orang apabila 10 kematian dilaporkan di enam hospital di negeri ini melibatkan individu berumur antara 20 dan 94 tahun dengan sembilan daripada mereka mempunyai sejarah penyakit.

Dua kluster baharu turut diisytihar pada Rabu terdiri dari Kluster Lemujan di Pakan melibatkan 38 penduduk sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikesan positif Covid-19 dan Kluster Pasar Matu di daerah Matu yang membabitkan 29 kes positif. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here