PUTRAJAYA – Individu yang mendapat temu janji untuk suntikan vaksin Covid-19 di hospital atau klinik swasta tidak perlu membayar sebarang caj.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, caj berkenaan sebaliknya akan dibayar oleh kerajaan.
“Ini untuk hospital atau klinik swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan menerusi dalam talian.
Turut sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.