Home Koronavirus 1.4 juta pendaftaran terima vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap

1.4 juta pendaftaran terima vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap

1.4 juta pendaftaran terima vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap

PUTRAJAYA – Seramai 1.4 juta pengguna MySejahtera tidak melengkapkan pendaftaran mereka untuk menerima vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka hanya mengesahkan nama dan kad pengenalan melalui MySejahtera tetapi tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan memasukkan alamat tempat tinggal.

“Ini mengakibatkan pendaftaran mereka tidak lengkap. 1.4 juta hanya mengesahkan identiti mereka sahaja.

“Proses pendaftaran yang lengkap diperlukan untuk kita memberi temu janji kepada mereka ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang disiarkan menerusi dalam talian.

Turut sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here