Home Koronavirus Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah merebak di Malaysia

Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah merebak di Malaysia

0
Subvarian Omicron BA.5 mungkin sudah merebak di Malaysia

KUALA LUMPUR – Terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes Covid-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sebanyak 13 kes varian Omicron sub-lineage dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.

“Sehingga 30 Jun dan data ini kita sedang kemas kini terdapat 13 kes sub-lineage Omicron yang kita sedang pantau. Enam kes BA.2 12.1, lima kes BA.5 dan dua kes BA.5.2. Setakat ini tiada kes BA.4.

“Kes-kes ini adalah kes jujukan genom dibuat ke atas kes positif antara Mei dan Jun, jadi kemungkinan BA.5 sudah merebak dengan meluas di Malaysia,” katanya dalam sidang media, di ibu negara pada Jumaat.

Jelas Khairy, BA.5 merupakan sub-lineage utama yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Awal hari ini, media melaporkan jangkitan kes baharu Covid-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here