Home Koronavirus Covid-19: 4,020 kes baharu, tiga kematian

Covid-19: 4,020 kes baharu, tiga kematian

0
Covid-19: 4,020 kes baharu, tiga kematian

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 4,020 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan sembilan daripadanya merupakan kes import.

Menurut portal CovidNow, pertambahan angka itu menjadikan kes aktif wabak berkenaan meningkat kepada 33,839.

Portal CovidNow turut melaporkan tiga kes kematian akibat wabak itu menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara ketika ini adalah 35,795.

Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Dalam pada itu, seramai 32,617 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Jumlah individu yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pula adalah seramai 21 orang.

Selain itu, seramai 1,156 pesakit dirawat di hospital dengan 45 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here