Home Koronavirus KKM pertimbang keluar notis kompaun jika kes Covid-19 meningkat

KKM pertimbang keluar notis kompaun jika kes Covid-19 meningkat

0
KKM pertimbang keluar notis kompaun jika kes Covid-19 meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan untuk menguat kuasa semula pengeluaran kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sekiranya kes Covid-19 di negara ini terus meningkat.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini susulan kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) membendung jangkitan Covid-19 dilihat semakin longgar terutama pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup.

“Ramai sudah mula tak pakai pelitup muka namun diingatkan bahawa ia masih wajib di kawasan tertutup cuma sejak 17 April lepas, kita tidak lagi keluarkan notis kompaun sebab KKM pada waktu itu membuat keputusan selari dengan Fasa Peralihan ke Endemik dengan mengutamakan pemerkasaan komuniti dan tanggungjawab individu.

“Namun sekiranya kes terus meningkat dan kadar kes mendadak, KKM tidak menolak untuk menguatkuasakan semula Akta 342 terutama kepada mereka yang enggan memakai pelitup muka di kawasan tertutup,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini, pada Jumaat.

Sejajar dengan fasa peralihan ke endemik mulai 1 April lalu, imbasan kod QR My Sejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam dan pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan mulai 1 Mei lalu.

Menerusi Akta 342, individu yang didapati bersalah melanggar peraturan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here