Home Koronavirus Situasi makin buruk di Indonesia, kes baharu lepasi 56,000

Situasi makin buruk di Indonesia, kes baharu lepasi 56,000

0
Situasi makin buruk di Indonesia, kes baharu lepasi 56,000

JAKARTA – Indonesia sedia menghadapi situasi terburuk pandemik Covid-19 dengan angka kes baharu harian berterusan meningkat, melepasi angka 56,000 kes dan 982 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, sebanyak 56,757 kes baharu direkodkan hari ini, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Angka kes baharu itu menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,726,803 kes dengan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 70,192 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi kes baharu iaitu sebanyak 12,691 kes, dengan 141 kes kematian dalam tempoh 24 jam.

Kes aktif (pesakit yang sedang dirawat) keseluruhan kini berjumlah 480,199 orang.

Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan dipetik media tempatan berkata pemerintah Indonesia kini bersiap sepenuhnya bagi menghadapi situasi terburuk pandemik berkenaan yang dikhuatiri boleh mencecah 100,000 kes baharu sehari.

Luhut berkata, lebih banyak pusat-pusat rawatan Covid-19 sementara akan dibuka dengan kemudahan lengkap perubatan, manakala sebanyak 20,000 lagi petugas kesihatan yang baharu dilantik bagi menangani situasi yang semakin membimbangkan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here