Home Koronavirus AS sedia bekal vaksin Covid-19 ke Asia Tengah

AS sedia bekal vaksin Covid-19 ke Asia Tengah

0
AS sedia bekal vaksin Covid-19 ke Asia Tengah

TASHKENT – Amerika Syarikat (AS) bersedia membekalkan vaksin Covid-19 ke negara Asia Tengah melalui mekanisme perkongsian vaksin Covax, kata Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Elizabeth Sherwood-Randall pada Khamis.

“Kami telah berikrar untuk menyumbangkan 500 juta dos melalui Covax, dan banyak lagi vaksin akan disumbangkan termasuk ke wilayah ini (Asia Tengah),” kata Sherwood-Randall pada mesyuarat C5+1 di Tashlent, Uzbekistan.

Beliau juga menyatakan Washington sedang berusaha untuk menamatkan pandemik ini secara global selepas mencapai kadar vaksinasi di AS.

“Kami komited untuk menyokong menamatkan pandemik di seluruh dunia. Kami telah mencapai kemajuan penting di AS dan seperti yang anda tahu kami kini agresif melancarkan kempen untuk mempercepat pengedaran vaksin di seluruh dunia,” katanya.

Kumpulan C5 + 1 ditubuhkan pada September 2015 antara AS, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan bertujuan meningkatkan kerjasama serantau. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here