Home Koronavirus Kit ujian kendiri Covid-19 percuma untuk B40

Kit ujian kendiri Covid-19 percuma untuk B40

Kit ujian kendiri Covid-19 percuma untuk B40

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada golongan B40.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa ini harga siling kit ujian pantas Covid-19 ditetapkan pada RM19.90 untuk jualan runcit dan RM16 bagi harga borong.

“Kami juga bercadang untuk membuat pembelian pukal agar harganya dapat dijual lebih rendah,” ciapnya menerusi Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, kit ujian kendiri dijual pada harga RM39.90 seunit dan ia dilihat membebankan pengguna.

Bagaimanapun, harga siling yang baharu ditetapkan akan berkuat kuasa mulai Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here