Home Koronavirus 90 peratus warga PDRM lengkap dua dos vaksin

90 peratus warga PDRM lengkap dua dos vaksin

0
90 peratus warga PDRM lengkap dua dos vaksin

KOTA KINABALU – Sebanyak 90 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara telah menerima lengkap dua dos vaksin setakat ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tempoh dua minggu ini pemberian vaksin kepada semua warga PDRM akan lengkap sepenuhnya.

Mengikut data terkini pada 1 September, katanya, hampir 90.1 peratus warga PDRM telah menerima vaksin yang lengkap dos satu dan dua di seluruh negara.

“Untuk Sabah sebanyak 89.9 peratus.

Boleh katakan 90 peratus (telah terima vaksin), jadi masih ada lagi berbaki antara 10 peratus yang masih belum lagi menerima vaksin yang lengkap, bermaksud mereka telah pun menerima vaksin yang pertama dan belum lengkap lagi.

“Jadi saya percaya dalam seminggu dua ini pemberian vaksin itu akan lengkap kepada semua warga PDRM,” katanya pada sidang akhbar pada majlis serah terima tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Khamis.

Acryl Sani dalam pada itu tidak menafikan ada beberapa warga PDRM sebelum ini enggan menerima vaksin, namun selepas diberi penerangan semuanya telah pun mendapatkan suntikan vaksin.

Acryl Sani sebelum itu menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah daripada Datuk Hazani Ghazali yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here