Home Koronavirus Khairy arah KKM pergiat penguatkuasaan SOP di premis perniagaan

Khairy arah KKM pergiat penguatkuasaan SOP di premis perniagaan

Khairy arah KKM pergiat penguatkuasaan SOP di premis perniagaan

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengarahkan bahagian penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiatkan pemantauan di lapangan ekoran menerima banyak aduan berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan.

Menurutnya, arahan tersebut telah dikeluarkan pada Jumaat.

“Banyak aduan premis perniagaan tidak lagi menyemak status vaksinasi pelanggan mereka, saya arahkan bahagian penguatkuasaan mengeluarkan kompaun kepada premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hampir semua negeri kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak merekodkan peningkatan kes Covid-19 selepas kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

“Enam negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan dan Labuan menunjukkan kadar pengisian katil bukan unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus,” katanya ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Khairy berkata, bagi pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima yang dirawat di fasiliti kesihatan, bilangan pesakit dalam kalangan kumpulan umur 40 tahun ke atas didapati menunjukkan peningkatan.

“Mungkin disebabkan tahap antibodi terhadap Covid-19 telah menurun selepas beberapa bulan menerima vaksinasi lengkap.

“Golongan warga emas dan individu 40 sehingga 59 tahun yang mempunyai komorbid terlebih dahulu menerima vaksin sebelum ini dan tahap antibodi mereka menurun lebih awal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua rakyat mendapatkan dos penggalak bagi memastikan perlindungan optimum daripada Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here