Home Koronavirus Murid diwajibkan jalani saringan Covid-19 mingguan mulai Isnin

Murid diwajibkan jalani saringan Covid-19 mingguan mulai Isnin

Murid diwajibkan jalani saringan Covid-19 mingguan mulai Isnin

PUTRAJAYA – Murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 mingguan secara bergilir mulai Isnin ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan.

“Ujian pengesanan ini adalah bagi mengelakkan kewujudan kluster di sekolah,” katanya ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ujian saringan tersebut perlu dilaksanakan membabitkan sekurang-kurangnya 10 peratus sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah.

“Murid akan menjalani ujian saringan secara bergilir kepada sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya. Sekiranya murid bergejala saringan haruslah dilakukan begitu juga terhadap pelajar yang tidak bergejala.

“Murid sekolah rendah adalah golongan di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin dan perlu menjalani ujian saringan secara mingguan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here