SHAH ALAM – Kes harian positif Covid-19 mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 4,262 kes baharu dilaporkan pada Khamis berbanding 3,900 kes pada Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,707,402 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Khamis.
AKAN MENYUSUL