Home Koronavirus Indonesia kesan kes pertama varian Omicron

Indonesia kesan kes pertama varian Omicron

0
Indonesia kesan kes pertama varian Omicron

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan kes pertama varian Covid-19 Omicron melibatkan seorang petugas pembersihan di pusat kuarantin terbesar di Indonesia, iaitu Wisma Atlet, Jakarta Utara.

“Malam tadi, kami mengesan seorang pesakit yang disahkan positif varian Omicron pada 15 Disember,” kata Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin dalam taklimat media maya pada Khamis.

Pesakit adalah seorang daripada tiga kakitangan pembersihan yang disahkan positif dalam ujian rutin Covid-19 untuk pekerja barisan hadapan pada 10 Disember.

Berdasarkan ujian penjujukan genom, pesakit itu didapati positif Omicron, kata Budi, sambil menggesa orang ramai terus berwaspada dan mematuhi peraturan protokol kesihatan.

Sehingga semalam, negara itu merekodkan 205 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,259,644. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here