![Larangan sambutan Tahun Baharu berskala besar Larangan sambutan Tahun Baharu berskala besar](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/12/1344757-obBV0O.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/16/1344757.jpg)
KUALA LUMPUR – Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bagaimanapun, beliau berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut.
“Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan.
“Tetapi buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dibenarkan, katanya katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.