Home Koronavirus Kelantan tunggu arahan KKM vaksin pelajar bawah 18 tahun

Kelantan tunggu arahan KKM vaksin pelajar bawah 18 tahun

0
Kelantan tunggu arahan KKM vaksin pelajar bawah 18 tahun

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menunggu arahan dan polisi berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung suntikan vaksinasi Covid-19 untuk pelajar di bawah usia 18 tahun.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesiapsiagaan telah dilakukan pihaknya di peringkat negeri melibatkan prasarana dan keperluan semasa untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“Buat masa sekarang, kami tunggu polisi daripada kementerian melibatkan mereka yang bawah 18 tahun.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bersedia sepenuhnya dan melakukan sebaiknya sekiranya ada bekalan,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Zaini sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, menurut data Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), seramai 139,000 pelajar dicatatkan berumur 12 hingga 17 tahun dan mereka dijangka menerima suntikan vaksinasi dalam kategori bawah usia 18 tahun.

Katanya, angka tersebut mungkin berubah memandangkan masih ada di kalangan mereka yang masih tidak tersenarai dalam data dikemukakan.

“Hanya tunggu dapat polisi untuk laksanakannya. Memandangkan sekolah dijangka buka pada 3 Oktober ini, tidak ada masalah untuk membuat suntikan di sekolah dan sebagainya,” kata beliau.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan bagaimanapun tidak melibatkan negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here