Home Koronavirus Covid-19: 17,352 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi

Covid-19: 17,352 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi

Covid-19: 17,352 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 menunjukkan penurunan selepas 17,352 kes dilaporkan pada Isnin.

Kedudukan teratas Selangor yang melaporkan bilangan kes tertinggi selama ini kini telah diambil alih oleh Sarawak dengan merekodkan 3,714 kes.

Selangor pula mencatatkan 2,126 kes diikuti oleh Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213) dan Perak (1,082).

Negeri yang melaporkan kes baharu tiga angka adalah Terengganu (700), Pahang (463), Melaka (295), Negeri Sembilan (193), Perlis (38), Putrajaya (23) dan Labuan (dua).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 1,862,187 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here