Home Koronavirus Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun kepada 1.15

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun kepada 1.15

0
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun kepada 1.15

SHAH ALAM – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara pada Selasa adalah 1.15.

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya pada Rabu, nilai tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 0.01 berbanding Isnin yang mencatatkan 1.16.

Menurut beliau, sebanyak 13 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi Rt negara didahului dengan Labuan sebanyak 1.42 seterusnya Sarawak (1.35).

Terengganu mencatatkan 1.29 kadar kebolehjangkitan manakala Perlis dan Pulau Pinang sebanyak 1.27 diikuti Sabah dan Pahang (1.26), Negeri Sembilan (1.25).

“Kelantan merekodkan nilai Rt pada 1.23, Selangor, Kedah dan Perak pula sebanyak 1.21 seterusnya Kuala Lumpur dengan 1.16.

“Johor mencatatkan 1.15, Putrajaya pula merekodkan 1.13 dan Melaka 1.11,” katanya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here